Kembara Maya



Friday 7 June 2013

Pen@ku BerMul@..

Biskut Sufi Kopi Haraki.
"taaruf. tafahum. takaful". konsep bergema, tanganku menari lagi.
pembaca mungkin kenal penulis, tapi pasti sahaja tidak memahami.
kenapa pilihanku pada biskut? kopi? apa kaitannya pada sifat ke"sufi"an dan sifat
ke"haraki"an.
:bahasaku mudah, cinta itu talinya kata, timbanya perbuatan, dan air itu dirimu duhai pembaca. jika tidak memahami, masakan dikau terjerat dalam uslub dakwahku kali ini. :)


"Adapun pejuang Allah itu, lelahnya adalah pada jiwa. bukan pada kudrat. bukan pada kata".
hidupnya mereka adalah dengan meminjam kekuatan dariNYA. Percayalah, kekuatan itu berakar umbi dari tarbiah diri a.k.a MAKANAN ROHANI. Adapun, si murabbi tua itu hidupnya menangis diatas sejadah, meraung mengenangkan anaknya ditahan tanpa bicara , disekat segala kata,dibawah akta ISA, padahal lidahnya perjuangkan kebenaran, kezaliman itu memenjara dirinya sekeluarga, namun beliau yakin kebebasan di syurga..siapakah beliau? ayahanda kepada YB NIk Mohamad Abduh. ya, TUAN GURU NIK AZIZ  dialah penyebabku membunuh segala keperitan dijalan dakwah hanya kerana keyakinan pada janjiNYA. kerana pasakan makanan rohani yang tajam. menebal. takkan padam.

        Maka, aku katakan itulah bekal, padamu yang singgah disini. jika, hakikat dirimu masih terkapai2 mencari arah bagai musafir tersesat. aku yakin kamu dahaga sekali, lapar sekali, sampai aku bisa nampak kelelahan jiwamu mencari kebenaran. maka aku sediakan biskut. mudah dibawa bermusafir.Moge hilanglah laparmu.namanya biskut kekuatan berperisa sufi (penyucian jiwa) *lebih gemar aku mengambil pendapat ini kerana kesesuaiannya pada waqi' dakwahku dan kerna

Imam al Subki bernasyid :
 

Telah bercanggah pendapat manusia semenjak dahulu di dalam memberikan makna sufi,
Dan mereka telah berselisih pendapat padanya, mereka menyangka ia terbit daripada perkataan suf (pakaian daripada bulu kambing),
Dan aku tidak sekali-kali memberikan nnama ini melainkan kepada pemuda yang telah mensucikan dirinya, maka ia menjadi sufi (bersih) sehingga dinamakan sebagai sufi."
Sudahku rungkai berkenaan biskut sufi, paling mudah bagiku memakna mereka yang bermusafir. Lalu, apa pula kopi haraki? adapun nikmat diwaktu petang setelah letihnya bekerja disiang hari, mahupun penat si petani menuai hasil padi yang dah mula menunduk itu cuma satu. "Tegukan kopi", membasahi seluruh anak tekak. Namun tidak hanya berhenti disitu. ianya bergerak, mencerna seluruh ruang, hingga peneguk akan luahkan "arggghh" kemudian mencium aromanya ,penyegar jiwa. Begitulah konsep haraki, "bergerak". aku bisa dan senang sekali menukilkan pendapat fathi yakan. "bahawa islam itu bergerak seperti air sungai". takkan pernah berhenti. hingga kehujung dunia. Adapun, ruang lingkup islam adalah berkenaan "projek-projek islam" yang harus cepat dilaksanakan oleh "kader dakwah". Tidak mungkin hanya pada teori tapi hendaklah praktikal pada keadaan semasa. "Jangan hanya sibuk akan teori, hingga kezaliman menerobos setiap dinding iman anak muda. "ada seseorang harus maju kedepan,demi islam". untuk TERUS BERGERAK.
BISKUT SUFI +KOPI HARAKI = ISLAM
Sebelah rantai mewakili "lazatnya" biskut sufi, sebelah lagi menjelmakan "umpphh" kopi haraki. maka pengikatnya adalah islam. kerana ianya sebahagian dari ratusan rantai lain yang ade didalam islam.

Ini manifestasi cintaku pada islam. penjelmaan kata2ku pada kehidupan seorang da'ie.
cukup sekadar permulaan. ku rasa cuak dimukamu berganda2.
 mungkin ku tambah lagi dilain episod. "serikandi islam pada timbunan blog" mungkin?
apapun. sila tinggalkan komen..
rasanya berjuta huruf harus dikoreksi. Mohon membantu :)




Revolusi Ghuraba' Pencetus Transformasi

1 comment:

  1. rangupnya biskut itu, berzatnya kopi yg dihidang walau bukan dlm cawan bersama piringnya,, hehe..
    mabruk!. fastaqim~. =)
    #mcm biase,, bhs yg tinggi. tapi alahamdulillah, ana brjaya phm,, hihi.

    ReplyDelete