Kembara Maya



Tuesday 9 July 2013

BuatMu "mutiara"

Mutiara itu sedang kesedihan.
Dukanya aku zahirkan dijiwa.


     Kerana kasihNYA aku menulis ..

     Kerana kisahnya, terpalit cintaku  ..




                         *ini bukti tautan kasihku, bukti aku mahu bersamamu disyurga*
                Temanku, dia disana, aku disini. hari ini, gerhana segala perancangan, bukan sahaja dia, bahkan diriku turut menyembah duka. Tuhan, lututku dan dahiku terasa lama dihamparan sejadah. Entah doa apa yang ku pinta, yang pasti berulang aku menyebut namanya. Fairuz! maaf, "mutiara itu". Hingga tekakku sakit sekali. Meminta dipindahkan segala duka. Moga sahaja dirinya bahagia.

              Tangan ini menari sambil mata ini berkaca, duhai teman. aku memahami keadaanmu bahkan aku turut merasai peritnya.Sehingga saja kau tidak dimaklumi, aku pernah melalui jalanmu, bahkan aku dihujani lebih hebat.Saat itu, aku hanya fikirkan hikmahnya, saat itu, aku jualah ibu pada yang lain.Tiada tara kepedihan, hingga hari-hariku lalui dengan duka. Tapi kini, aku nampak hikmahnya, "supaya aku mengerti apa yang kau lalui, supaya aku boleh bersamamu, supaya kamu tahu ada orang yang kuat disisi' dan benar dalam doaku, aku tidak pernah meminta lebih melainkan kebaikan keatasmu. Allah sudah makbulkan satu sudut doaku.

             Bila berkata, jamin itu dari jiwa. Untunglah kamu, sahabatmu ini terlalu menyayangimu, dia mewajibkan dirinya berada bersamamu. Dalam susah dan senang.




Teman, aku tahu peritnya apabila apa yang dihajati tidak tercapai, asal saja kamu tahu, aku jua mahu dirimu seangkatan denganku. kerana kekuatan itu adalah apabila bersamamu. Aku jadi takut memikirkan tanggungjwab melangkaui masaku. Masihkah kita akan kekal begini?

                Warkah ini berlagu harapan. aku ingin melihat hamasasmu membunuh mereka. Ya, ya mereka dapat hancurkan segala cita tapi itu hanyalah sekarang. Tuhan itu maha hebat, segala yang berlaku pasti ada balasan.Jangan sedih teman. Kamu ada diriku. Aku sanggup tanpa syarat untuk bersama apa yang kau kehendaki. Hidup ini, wahai romyun, hanyalah sekali, kejarlah apa yang ingin dituju dalam hidup, apatah lagi kita wanita. Susah untuk beroleh peluang berkali-kali.
Untuk itu, redha tidak bermaksud mendiam diri. Ikuti dulu kemahuan mereka. Tapi, jangan kau bunuh rasamu, aku nampak dahaga sekali jiwamu. Berikan dia air selepas satu sem. Air yang ingin kamu "order" selama ini. Susah? jalan ini mana pernah senang. Kadang-kadang Allah bagi kita susah sekali untuk mendapatkan sesuatu yang diingini supaya hasilnya nanti kita akan hargai seperti mutiara yang tak ternilai harganya. Inilah ibrah yang sering kita lalaikan. Sering kita persoalkan..

Aku tahu dirimu pejuang, bukan pengakhirannya disini, aku jua tahu mimpiku tempohari petunjuk paling segar utk kamu teguh berdiri.
Bangun sayang bersama harapan, jadilah khaulah Al-Azwar dan Zainab Al Ghazali.
"tidak akan tunduk dengan kemahuan manusia, hanya fokus pada apa yang dicita"
salam sayang, salam rindu..................




           



Revolusi Ghuraba' Pencetus Transformasi

Monday 8 July 2013

Penantian, "berdiari" .



Redup redup dijiwa, aku pendam tiada tara,
Hendakku tangiskan, seumpama pula melawan takdir,
kau disana, kau disisi, aku ini terluka : dalam sekali.
Sedarkah? dalam tawa, riakku angkuh tersenyum.

sedang raga melukuk kesakitan.

Riang riang kelebihanku berkumandang.
disebaliknya ada seribu kewajipan.
Oh Tuhan, mereka mengiraku ma'sum sekali.
sedang mereka akan menghitung khilafku.
Dimanakah sang pengerti?
Aku balik padaMU lagi.
Aku ingin menulis, menulis kisah kebahagian.
AturanMu buatku terduduk, kisah duka jadi teman.
kisah ini panjang sekali. tiada pasti penghujungnya nanti.
permulaannya berkocak suara jihad.
penghalangnya amanah buat ayah dan bonda.

Jikalau benar-benar mengerti, 
Janganlah dibuka kisah lalu, darahnya mengalir hingga kini.
Aku makin dewasa, pengalamanku makin berbunga.
namun perasaanku makin keanak- anakan.
Ku sedari emosi mudah benar kedepan.

Padamu aku diamkan seribu kata.
Bukan tidak mahu berkongsi tapi jarum jahitan luka sudah hilang.
Mereka bertanya lagi. Dimana asal kekuatanmu?
jika mulut ini menutur, maka ianya tipu semata-mata.
aku sendiri meraba-raba mencari jawapannya.
Mungkin hanya satu, "Tuhan". itu yang paling bernas.
Aku ingin menangis, tangisanku sudah disapu oleh mereka.
Mereka, mereka yang datang bertimpa-timpa. tanpa rela, tanpaku pinta.
Duhai Rasul, bagaimana tinggi kesabaranmu?
Bagaimana indah akhlakmu? 
aku cukup terhina dek tomahan mereka.
aku cukup merana, aku cukup terkesima.

Bagi mereka, akulah taujihad, akulah penyembuh.
Namun mereka lupa, aku jua merujuk segalanya pada yang SATU.
Bila aku bersuara, percayalah suaraku utk kamu sokong, 
untuk aku tahu kamu sisi, bukanlah niatku mencari solusi.
Susahkah untuk mengerti?

Duhai diri, aku tahu kamu sudah letih berdiri.
Siap siagalah selepas ini. Mehnah besar bakal menanti.
Taufan dihilir, larutkan aku dalam cecair tarbiah.
aku ingin sendiri, menyepi.
adakah teman disisi? rebahkah aku dalam pautan ukhwah.

Sebak sekali puisi, gurindam dijiwa.
lantunan mahabbah, hanya penulis mengerti.
tiada bernota, noktahnya entah bila....










Revolusi Ghuraba' Pencetus Transformasi