Kembara Maya



Thursday 1 August 2013

The Power Of Tarbiah

KERNA TARBIAH ITU BEGITU BERHARGA

bismillahirahmanirahim

Apa indicator tarbiah? Apa tanda ukur keberhasilan tarbiah? Dilihat dari luar penampilankah? Bukankah penampilan sering menipu? Aku sering bertanya. Kerna tarbiah begitu bermakna. Dan kerna tarbiah, aku tinggalkan segala galanya.

Murabbi: tarbiah jika dimaknakan bukanlah sebetulnya dengan makna “ proses mendidik” tapi satu “proses pemeliharaan”. Tarbiah itu berasal dari perkataan Rabb yang membwa maksud ketuhanan. Bagaimana Allah menjaga manusia begitulah tarbiah. Allah memantau  dan memelihara manusia infinity keadaannya. Seluruh segi. Jadi jika mahu melihat keberkesanannya lihatlah dari segala segi, kerna permulaan tarbiah itu haruslah dari segala aspek.

Melihat kisah- kisah penghijaran manusia yang melaluiku, seumpama aku pepatung yang bergerak seiring dengan hebatnya pengalaman. Bergerak tanpa sempat menoleh, ku akui masa itu cepat benar berjalan. Ramadhan lepas, budak berkopiah, berjubah, bertudung litup berlari2 anak mengejar
masa, sinarnya madrasah ramadhan. Tahun ini berkesempatan lagi. Putih jernih wajah wajah itu. Seindah tuturnya kalam Rabbi yang dihafaz di minda minda mereka. Allah, benarlah sejuk perut ibu yang mengandung.

Ramadhan disini apakah sama dengan teriknya Ramadhan di sisi sungai Nil? Hujan hanya beberapa kali setahun. Di Malaysia, nikmatnya tidak terkira, kerna itu tidak terasa zuubnya ramadhan hingga membawa kita ke hamparan sejadah kembali. Mungkin bumi Anbiya’ itu ada kuasa magic, masakan tidak? Kemenangan umat islam tatkala peperangan Badar dahulu diraikan oleh umat islam yang sedang berpuasa. Allah, itu bukanlah kerana tanahnya tapi kerana tarbiahnya. Tarbiah yang diajar oleh baginda meresap lagi pada penduduk bumi padang tandus itu. Hingga kita yang bermusafir pasti turut memasuki atmosfera yang sama.

Tarbiah, ruang lingkupnya terlalu besar untukku ukir, untukku karangkan.

Murabbi: Jika Tarbiah itu adalah perkara yang membawa kepada perubahan hidup, maka tarbiah itu adalah perkara yang besar, perkara yang menyakitkan melangkaui kemanisan. Kerana fitrah manusia lebih mengingati yang pahit daripada banyaknya nikmat yang tuhan beri. Adapun tarbiah itu banyak. Kita yang memilih caranya, dan kesannya pula kita sebenarnya yang tentukan. Nabi itu ditarbiah direct oleh Allah. Tarbiah nabi bukanlah semewah dan sesenang yang diimpi. Jadi jika mahu menuruti jalan baginda, pilihlah tarbiah yang mengajar dirimu. Mendesakmu kedepan bukannya tarbiah yang dimanja.
Tarbiah! kau membawa sempadan ukhwah. Aku disini melihat pejuang disisi. Tiada bernada, hanya tersenyum puas.


PERJUANGAN vs KEJAHILAN

Lewat beberapa purnama, tahun sudah berganti, pengenalan tarbiah makin membawa erti. Ada orang cuba lagak bertanya “shu, apa besar sangat ke sumbangan program tarbiah? Bukankah banyak lagi cara dan gaya lain . Senyumnya bergaya tanda dia masih naïf mencari kefahaman. Jawabku ringkas. Jadilah hamba yang bersyukur. Apabila diberi jalan janganlah menolak. Mungkin itu dari Tuhan. Ada sesuatu utk kita yang belum kita tahu. Jangan sombong menjadi hamba.

“uih, bagaimana bisaku menulis, menulis kesedihan kehilangan dua sahabat rapat yang telah pergi mengadap illahi, kemudian harus ku tuturkan dihadapannya, ustaz ni saja je! Getus hatiku seolah menolak, ku lihat adik dihadapan, kenalan sebilik, aku ini mungkin mesra. Tapi perahsia tegar”.

Ok, masa dah tamat, sekarang ustaz nak rakan kamu cakap dalam nada yang gembira dan baca segala apa yang kamu tulis, tegas si ustaz.

masing masing malu2 itik kk12 pula, ketawa kami xtertahan. Tasknya mudah, tapi untuk laksanakan diri pasti mengalah. Sengaja ku alihkan perhatian pada sekeliling, wah bukan main diorang.. ku lihat robithah ukhwah berbunga2..tapi alihku pada si adik, sedih sekali dia mengungkap rasa. Fahamilah diriku disitu. Tarbiah mengajar kita berkongsi. Tidak mustahil dalam berjuta ada seseorang disitu yang memahami yang sedia mendengar. J

Tarbiah jasadiah mengugat kekuatan batin untuk bertahan. Dimana terkumpul kekuatan?. Tentu jelas bukan difikiran yang menerawang tapi di minda yang sentiasa positif dan fokus.


TERUS MAJU MUSLIMAH!
muslimah, muslimah bangun! bangun! Perkara yang sudahku jelas utk diharungi. Dikejutkan bila bila masa. Allah itu maha menguji, fizikalku beberapa hari sedikit goyah. Kesakitannya ku telan. Kerna tarbiah yang aku  mahukan. Mereka mereka jua longlai, terapung rapung dikayangan tapi tetap bangun menyahut, berlari lari hingga ada yang tertukar selipar. Kaget atau ketakutan..apapun tidak terungkap kala itu.

kesejukkan mengharungi aliran air yang kencang, dengan laungan Ana romyun min rimayati islam, Farmi aina ma syi’ta. Disusuri dengan, “siapa yang bagi kekuatan” . Allah! Allah! Tidak langsung lepas dari mulut. Seumpama tangan kami yang mengikat, masing2 berperanan menjaga sahabat2. Dari hilir ke hulu. Basah tidak dihirau. Janji bersatu dalam juang. Bila tiba di laluan yang agak dalam. Pasti suara akan berbisik. Oh, indah sungguh saat itu. Yang paling susah ku lupa, selipar siapa yang Berjaya melaluiku?



Tarbiah itu buntu pengorbanan. Jika masih tidak terkeluar dari zon keselesaan kita maka itu tidak dinamakan pengorbanan.

ustazah, ustazah, bangun ustazah!. Tertidur dalam slot adalah perkara biasa. Tapi tidur selalu itu luar biasa. Lebih lebih lagi  bilamana time “ustaz garang berceramah” maunya tak kecut perut. Walau banyak mana air dan gula-gula diagih, senggukan jua yang kelihatan.Yang paling dihairankan, dalam berdiri pun bole tertutup mata. Dasyat tarbiah ini, uhuk3. Betul betul buat diri diri ini terseksa. Diriku masih boleh bertahan, tapi teman disisiku ini.  Haish, sergahnya, menyesal duduk berjauhan, kalau ngantuk takde orang tolong cubitkan. Aigoo, apepun aishiteru ku ucapkan.

tidur sekarang! Alhamdulillah diberi kesempatan, tapi still diluar keselesaan. Tiga duduk bertiangkan tulang belakang masing2 yang wajib bersatu. Hurm, macam mana tu? Kesannya, terlentoklah sorang sorang. Jika dikenang mahunya tak tersenyum. Mungkin itulah jua jadi daya tarikan untuk pacat pacat mendekati kami. Masing masing ade kesannya sampai sekarang. Teringat pula, akan seorang temanku, kakinya cedera teruk terkena besi. Tpi reaksinya biasa saja. Pernahku uji dirinya, “katanya, bukan salah program tapi sengaja Allah memberinya tarbiah. Allah. Aku tersenyum. Dia sudah mulai faham. Begitu jua yang lain, ada yang terbang ke langit illahi mengejar ayam kemudian dusshh, tertiarap dilantai bumi, kemudian masih boleh bangun tersengih, ada yang ketawa lagi walauku tahu “cover malulah tu” hehe. Tapi mereka bangga, ade kenangan yang mendewasakan bahkan parutnya jadi kebanggaan.



Tarbiah, kau satu penyeksaan yang membawa keindahan. Dimana kau kini. Aku masih merasa terikatnya diriku bersama mereka.

Ada seketika tuhan menguji, kudratku hanya tinggal 1% lagi. Lalu mereka teruskan tanpa diriku. Dalam kesusahan mereka, aku masih tidak dapat percaya, kata si dia. Kiteorang dapat makan durian time masak tuh. Ayoo, sempat lagi merasa. Ada mak cik yang bagi. SubhanaAllah, pasti lahap sekali.  Masing masing jua duji masakan. Memasak sehabis baik tapi kemudian merasai masakan orang lain. Naseb la..uhuk3..

Jumpa 2 biji manggis yang dah jatuh ke lantai, padahal banyaknya buah cempedak memanggil. Kerna dirimu tinggi sahaja tidak kesampaian menjadi habuan buah mulut yang disangka akan jadi makanan utama ketika itu. Api oo api, makin dicuba makin taknak hidup, makanlah kami tepung mentah disalut batang yang diraut tangan sendiri dgn sahabatku, misz N. Masakan ku lupa, punyalah semangat mencari batang hingga dipatahkan batang dipohon naseb bek xtercalar mukaku dibidas si batang.

mehnah jua menjadi palapes. Tarbiah cukup kental. Sesekali* selalu sebenarnya ,aku kalihkan pandangan pada sahabat baikku. Dia ok pulak. Dua dua tangan disisi, angkat kaki 2 inci saja dari lantai. Cuba bertahan dalam masa 3 minit. Waaahhh. Waaahhhh. Itu yang mampu ku ungkap. Stajam? Hurm. Xterungkap. Noktah berganda. Sepanjang itu, cik syikin yang paling bertenaga. Mungkin kerna dia yang paling cun…uhuk3..

Tarbiah kau pudar dek kurangnya istiqomah tapi tidak pudarnya akan masa dan ingatan dijiwa.

Jika inginku karangkan lagi, maka tak terluah segala galanya. Nostalgia itu begitu menghantui. Pengalaman yang tidak mampu dibeli. Itulah kekuatan program tarbiah. Jangan pandangnya sesedap hati. Berapa banyak yang menjadi manusiawi disebabkan sebuah tarbiah.

Aku dedikasikan entry kali ini pada mereka. Terutama pada yang mendorong penulisanku. Farah, I beg u happy with my new entry. And Others, xrindukah kalian akan diri ini? Hehe. Allah moge disetiap jalan yang kalian ambil Allah meredhainya dan menjagamu. Selamatlah dilapangan masing masing.


terlalu banyak kisah pejuang,dikalungnya sebuah pengorbanan,rindu dihati bukan kepalang,Moge tabah dalam kedewasaan.

salam sayang dan rindu..

*************************
 



















Revolusi Ghuraba' Pencetus Transformasi