Kembara Maya



Monday 8 July 2013

Penantian, "berdiari" .



Redup redup dijiwa, aku pendam tiada tara,
Hendakku tangiskan, seumpama pula melawan takdir,
kau disana, kau disisi, aku ini terluka : dalam sekali.
Sedarkah? dalam tawa, riakku angkuh tersenyum.

sedang raga melukuk kesakitan.

Riang riang kelebihanku berkumandang.
disebaliknya ada seribu kewajipan.
Oh Tuhan, mereka mengiraku ma'sum sekali.
sedang mereka akan menghitung khilafku.
Dimanakah sang pengerti?
Aku balik padaMU lagi.
Aku ingin menulis, menulis kisah kebahagian.
AturanMu buatku terduduk, kisah duka jadi teman.
kisah ini panjang sekali. tiada pasti penghujungnya nanti.
permulaannya berkocak suara jihad.
penghalangnya amanah buat ayah dan bonda.

Jikalau benar-benar mengerti, 
Janganlah dibuka kisah lalu, darahnya mengalir hingga kini.
Aku makin dewasa, pengalamanku makin berbunga.
namun perasaanku makin keanak- anakan.
Ku sedari emosi mudah benar kedepan.

Padamu aku diamkan seribu kata.
Bukan tidak mahu berkongsi tapi jarum jahitan luka sudah hilang.
Mereka bertanya lagi. Dimana asal kekuatanmu?
jika mulut ini menutur, maka ianya tipu semata-mata.
aku sendiri meraba-raba mencari jawapannya.
Mungkin hanya satu, "Tuhan". itu yang paling bernas.
Aku ingin menangis, tangisanku sudah disapu oleh mereka.
Mereka, mereka yang datang bertimpa-timpa. tanpa rela, tanpaku pinta.
Duhai Rasul, bagaimana tinggi kesabaranmu?
Bagaimana indah akhlakmu? 
aku cukup terhina dek tomahan mereka.
aku cukup merana, aku cukup terkesima.

Bagi mereka, akulah taujihad, akulah penyembuh.
Namun mereka lupa, aku jua merujuk segalanya pada yang SATU.
Bila aku bersuara, percayalah suaraku utk kamu sokong, 
untuk aku tahu kamu sisi, bukanlah niatku mencari solusi.
Susahkah untuk mengerti?

Duhai diri, aku tahu kamu sudah letih berdiri.
Siap siagalah selepas ini. Mehnah besar bakal menanti.
Taufan dihilir, larutkan aku dalam cecair tarbiah.
aku ingin sendiri, menyepi.
adakah teman disisi? rebahkah aku dalam pautan ukhwah.

Sebak sekali puisi, gurindam dijiwa.
lantunan mahabbah, hanya penulis mengerti.
tiada bernota, noktahnya entah bila....










Revolusi Ghuraba' Pencetus Transformasi

No comments:

Post a Comment