Kembara Maya



Tuesday 18 June 2013

Air Mata Syria -"berdosakah aku"-

'ada cinta disebalik tinta, kerna cinta aku terasa berdosa'
           
"karya ini menjawab kedaifanku mencari tahu soal mereka, kedaifanmu yang mencari tahu, dan jawapan pada mereka yang kukira letih "pm, mesej, face2face" semata2 ingin tanganku menari. Tarian kali ini letih, panjang benar tapi manfaat hingga keakhirat!!"

 Firman Allah:
" Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudara seagama. Dan kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui". (AT Taubah :11)

SYRIA "kebatilan yang terdedah"
Jangan berangan meneruskan bacaan, "pesan ana", ketuk kepala. tanya diri, bila tarikh sbnar Malaysia merdeka dari jajahan sekular moden . dapat jawab? itu tandanya ingat sejarah. 
atau sejarah belum terukir?..hurm.
^^^^Selingan^^^, highlight note:" sejarah penting"

Kenali "BASYAR dan Keluarga seKORONI, seKEPIMPINAN tertinggi"

Hafez Al Asad, bapa Basyar, adalah perdana menteri syria yang agak bijak menyusun strategi pembunuhan beramai2 puak sunni, berbanding Basyar yang hanyalah berkepakaran sebagai doktor mata.'agak pelik pada penilaian mata hati, matikah jiwa kemanusiaan seorang doktor?'membunuh hidup2? membakar dan kemudian angat tangan dan berkata "saya tidak bersalah"! dangkal sekali. jauh diterima akal manusia diceruk hutan amazon sekalipun. tapi xmustahil, pengaruh syiah terlalu menebal dalam keluar Al Asad, mereka menjadikan pemimpin tertinggi Syiah di IRAN, Ayatullah Ali Khomeini sebagai sumber rujukan, bukan berkenaan agama semata2 bahkan sudut lingkup politik sepenuhnya!
BASYAR AL ASAD

      

      Dan mungkin kerana pengaruh ibunya jua yang sangat kuat mengecam sunni. Rentetan itu, Kematian, abang Basyar, Basil, adalah satu taktik liarnya utk memiliki takhta kerajaan. "kemalangan dari kelicikan". itu Basyar warisi dari Hafez yang ketika itu baru shj meninggal dunia. Basil adalah penghalang yang kuat bagi keluarga tersebut menyebarkan fahaman sekular, Basil, pemuda berjiwa tinggi, dahaganya pada ilmu hingga mmbenarkan para ilmuan masuk ke singgahsana mereka utk berdiskusi. "Tapi, niatnya mati terkaku",tiada penerus.

Mungkin bijak tapi "buta politik", itulah Basyar, kerna itu, seluruh keluarganya dikerah menjadi pimpinan tertinggi kerajaan. Dalam sebuah negara, pertahanan "comes first". Maka siapa yang berjaya menjadi menteri pertahanan dan ketenteraan seharusnya memiliki keupayaan menggengam negara. Bayangkan jika rahsia pertahanan terbongkar? bayangkan jika sistem atau maklumat senjata dan kapal selam terbongkar*contoh:).. padahnya, padang jarak padang tekukur lah jawabnya. Nah, Disinilah, wujub entiti "koroni" kerana jawatan tersebut disandang oleh adiknya sendiri. Dan jwatan penting lain juga disandang oleh beberapa orang lagi kaum kerabatnya.


       Adapun, syiah nusairiyah adalah syiah ekstrem yang difatwakan sesat lagi menyesatkan.

Tapi bagi Al Asad, darah sunni adalah halal bahkan darah sunni yang mengalir di bumi syria itu dipercayai bakal membangkitkan imam mereka, Dajjal laknatullah. Jika diteliti sejarah syiah itu sendiri,syiah adalah hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman, bertitik tolak dari pengasasnya, Abdullah Ibnu Saba', yahudi dari San'a yaman. Dasyatnya ajaran mereka sehingga menyembah matahari, awan dan menganggap itulah jelmaan Ali bin Abi Talib.
Penafian pada khulafa' rasyidin, mengakui Ali r.a sebagai nabi selepas rasul dengan menokok nambah surah-surah palsu dalam Al-Quran sbg bukti kenabian Ali r.a. Astaghfirullah wa nauzubillahi minzalik..




Sudah letih duhai pembaca? uhuk3, apa senjatamu mampu bertahan?,kopi haraki? hurm.. baca fakta, cuma 1 dari 100 shj mampu bertahan. tapi TIDAK bagi BASYAR ! senjatanya mampu membuatkan syria masih dalam genggaman SYIAH. hingga timbul satu persoalan, terungkai susah, terjerat pula.
                                                 "ada penguat disebalik yang kuat".
kronologi persahabatan tiga rangkai negara bertunjangkan syiah pasti MENARIK!!



Adapun, kejahatan mereka itu, berakar umbi dari kuatnya persahabatan antara Hizbullah, yang dipimpin kemas Hassan Nasrullah, Iran, berwakilkan perdana menterinya, Ahmadinejat dan Basyar Asad, perdana menteri syria sekarang. Basyar dilihat sangat mementingkan dasar kuasa mutlaknya kerana dalam fahaman syiah kuasa atau wilayah adalah perkara usul bukannya furu'.Memetik kata2 Nasrullah pd 27 mei 2010." Kami sama sekali tidak akan menyertai sebarang operasi ketenteraan menentang israel bagi tujuan membebaskan Al-Aqsa". sahutan kata2 ini, disambut senang hati dan sokongan kuat ketenteraan Ahmadinejat utk Basyar Asad. Lalu, arus perjanjian mereka ini, senang sekali melancarkan serangan bertali arus Basyar pada puak sunni. kerna itu, Dr. Ali As-Salus mengeluarkan fatwa Basyar sudah kafir dan darahnya sudah halal untuk dibunuh.

Terdapat beberapa isu yang menjadi petanda akrabnya hubungan 3 hala ini disaksikan dan di"redhai" oleh Amerika dan sekutu jahatnya.
#ISU penyerahan Bukit Golan kepada israel, walau pada fakta palsunya, Hafez dilihat "hero" kepada berjayanya Bukit Golan ditawan. tapi semua itu cuma taktik kotor Al asad, apabila menyerahkannya kembali kpd israel.
#ISU penyiaran 4 rangkaian agama iran dari stesen di Israel
#ISU kaitan yahudi israel dgn yahudi iran. 70 ribu yahudi Iran telah brpindah ke Israel slps kejayaan revolusi islam di Iran.
#Ahmadinejat berketurunan yahudi.
 

Taqiyah (lidah bercabah @ lakonan) merupakan senjata utama yang disusun rapi oleh Basyar menghadapi ancaman dari seluruh dunia.Ulama' syiah, misalnya Al khailani, menghukumkan harus bagi mereka utk melakukan taqiyah. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku tanpa ada satu kenyataan bersalah pun daripada mana2 pimpinan syiah, mereka membunuh kemudian, senyum dan pergi , malah sempat lagi memainkan peranan sbg pelakon yang memegang watak "hero" di mata dunia.

"kekejaman" yang masih berlegar didada sunni, adalah memori hitam 1982, selama 72 hari berturut-turut 40 ribu sunni mati dibunuh dalam "operasi bumi hangus". Mereka dipaksa utk mengucapkan la ilaha illa Basyar" jika tidak pasti dibunuh! Sekarang, syria lumpuh dari sudut kesihatan rohani dan jasadi. Semua Hospital dan masjid di BOM dan DIHINA. Taktik terbaru mereka, cukup muak sekali, menyatakan anak3 kecil  dan kaum wanita sunni yang tidak berdosa itu bakal menjatuhkan kerajaan syria, lalu dicari hingga ke stiap pelosok, dikumpul, ditores, dijadikan umpan pemuas nafsu.Ada antara mereka ditanam hidup2. Ayatullah Ahmed jannati ketika berucap di Universiti Tehran ada menyebut" wajib keatas syiah utk memasuki syria dan berjihad bersama-sama pemerintah syria hingga syria tidak jatuh ke tangan Ahlul bait(sunni)". kerna rakusnya fatwa ini, pertubuhan penbankang menerima lebih 10 buah bas yang sarat dgn pengikut syiah dari Iraq iaitu tentera mahdi bagi berperang dgn puak sunni. 
kerna itulah xmustahil, 60 ribu org awam yg xberdosa terkorban hanya dalam tempoh 2 tahun!


                LA GHALIB ILLALLAH (Tiada penakluk melainkan ALLAH)     
                 "kebangkitan Sunni, Kemarahan dunia"



"Episod-episod derita syria kian terbongkar, walaupun cengkaman dan halangan pada media massa dalam menyebar berita tulen dari syria masih kuat menapak, namun atas solidariti bersama sunni dan manusia yang penuh dengan kemanusiaan terus mendesak, pelbagai cara dan medium masih cuba diraih demi kebebasan syria!. keberhasilan membawa ulama' terkemuka syeikh Muhammad Ali-al sabuni telah sedikit sebanyak memberi kesedaran keadaan "mendesak syria yang melebihi keadaan di Palestin". isu Palestin dilihat lebih menonjol kerana sebelum ini, isu ini dianggap sebagai isu "mazhab" bukan isu "agama".
petikan menarik dari syeikh tersebut, membawa kepada fatwa jihad utk mmpertahankan bumi syria (bumi Dimasyh), tempat turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi menurut Al-Quran, tempat abadinya makam para ambiya , nabi Nuh AS dan nabi Sulaiman.

                                                 
Revolusi syria : MAC 2011
Sabda Rasullulah s.a.w: "Jihad yang paling afdhal adalah menyatakan   
                                                    kebenaran dihadapan pemimpin yang zalim"

40 tahun, dijajah, dibunuh, diseksa, dinafikan hak sudak cukup mengambarkan peritnya dan juga sudah tiba masanya untuk bangkit bangun selari dengan sahutan panggilan jihad dari gelombang kebangkitan anak muda. Menyaksikan revolusi berlaku di Tunisia, Libya dan Mesir. mungkin kita tertanya2, kenapa begitu lambat kebangkitan di Syria? jawapannya, mereka2 itu tidak mempunyai kepeluan berjihad yang lengkap dan tenaga yang ramai.
Kerana itu, baru2 ini, DR.Morsi, presiden Mesir, menggunguli carta "top presidents" selepas tergulingnya Hosni Mubarak dari kerusi presiden, membawa satu mesej jelas dan amaran keras buat Basyar dan Hizbullah!

Perlu diteliti dan diakui bahawa Basyar tidak hanya menentang sunni bahkan menentang ikhwanul Muslimin kerana dasar pentadbiran Basyar adalah bersifar "sekular". Basyar mengambil langkah pertama dalam pentadbirannya dengan "menghapuskan secara kejam  puak sunni yang masih ada dlm pntadbiran, diikuti dengan menghukum mati sesiapa saja yang mengikuti perjuangan ikhwan, Said Hawa salah seorang yang dikecam hebat. Dasar Parti Kebangkitan sosialis Arab yang dinaungi Basyar merangkumi 3 golongan :-pertama:Yahudi, kedua:Syiah Nusairiyah, ketiga: sunni yang bersefahaman sekular.

         Pelik tapi benar, masih wujud sunni didalam pentdbiran Basyar, namun sifat sekular itu yang menghapuskan terus "kemanusiaan dan keadilan". "sekular" , ianya dimana2, wujud atas nama, terlaksana atas sifat jahil. Lalu, pantas saja, jika kita amati ianya mungkin berada disekeliling kita. Tertarik dengan saranan ustaz Zahazan, takut dijangkit syiah, mestilah pandai meng"sunni"kan diri. Pandai top "UP" ilmu :)

Dunia mula tertawan dengan belas kasihan, sebagaimana yang ditunjukkan Erdogan yang kerap mengkritik regim Basyar, bahkan mmbuka seluas luasnya pintu sempadan negara utk dijadikan kem pelarian Syria. PBB walaupun dikuasai oleh barat, cuba utk kedepan dalam menangani isu syria ini dgn mmbentangkan satu usul bg menggesa tekanan yang ekstrem kepada Basyar walaupun akhirnya dihalang dua kuasa veto dunia "Russia dan China". Russia mengeluarkan arahan kejam kepada Qatar,jika berniat meneruskan cadangan mghantar tentera ke syria. Qatar akan lenyap buat selama2nya dan tidak akan diingat di peta dunia.
Begitulah dasyatnya ugutan dan kencaman yang diterima oleh negara, pertubuhan kerajaan, ngo2 diseluruh dunia. Kemunculan suara keramat HAMAS amatlah dinanti2 oleh ribuan umat islam sunni seluruh dunia, kerana hubungan baiknya dengan syria dalam menangani isu palestin.Apa yang mengejutkan, Hamas, menyokong penuh usaha jihad menentang regim di Syria.
Kematian Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti bersama 41 yang lain dan hampir 84 orang awam cedera sudah cukup menghairankan keganasan
yang cukup tragis itu seolah2 dirancng dengan teliti. pembongkaran video sebenar pembunuhan beliau cukup kuat utk menggesa Free Syria Army (FSA) dan jabhat Al Nusra (JAN) utk bertindak memerangi habis habisan regim Basyar. 

Agak menarik, utk diketengahkan dua2 sayap pejuang ini yang mewakili suara derita rakyat sunni tidak pernah sama sekali bergabung. Adapun, FSA memiliki anggota yang pelbagai dan terdiri daripada golongan yang tidak elok moral ataupun akhlak mereka. Maksiat salah satunya menjadi pekerjaan mereka.Yang membezakan mereka dengan rejim adalah rasa belas kemanusiaan yang tidak mampu utk tidak membunuh tanpa sebab, dan mereka kemudiannya Syria Arab Army kemudian menawarkan diri utk menyertai FSA. Tunjang utama mereka adalah pada demokrasi. kerana rejim yang berpaling tadah lebih memilih FSA berbnding JAN yang memperjuangkan khilafah walaupun majoriti rakyat sunni syria menyokong kuat JAN. Apa yang ajaib mereka tidak berkelahi, kerana agenda mereka sama. REGIM BASYAR mesti TUMBANG!

MALAYSIA: SUARAMU DIMANA?
APA KATA JIWAKU? DIMANA TITIK JIHADKU?
Dalam meneruskan agenda menyelamatkan ummat islam sunni di syria 
seharusnya tidak ada dasar penyelewengan maklumat yang benar dari syria. Agak terkilan dengan status media massa negara yang memutar belit ayat demi kepentingan2 tertentu. Penyebaran
maklumat haruslah terperinci dan bersifat telus. Malaysia seharusnya kedepan dalam isu2 yang melibatkan sentimen agama kerna Malaysia berstatus negara islam!
     Pun begitu, kesedaran orang ramai akan berita2 yang shahih perlu diteruskan dengan usaha penyebaran maklumat yang betul. Gunakan segala ruang lingkup yang ada untuk bergiat lebih cepat. Dr. Yusof Qardhawi mengeluarkan fatwa bahwa mengifakkan harta kepada rakyat sunni di syria adalah satu kewajipan, bahkan beliau mengingatkan, 'masyarkat yg sudah keluar utk menunaikah haji dan berhasrat sekali lagi utk menunaikannya, adalah sebaiknya membatalkannya dan menyalurkan wang tersebut kepada rakyat syria. Ini berdasarkan bberpa hukum fiqh yang telah diteliti oleh beliau.
 Doa kepala segala senjata. Doa yang dizalimi lebih dekat dengan Rabb. Doa orang mencintai saudara seislamnya di aminnkan oleh malaikat, lantas apa lagi. duhai mujahid? mujahidah? Angkatlah tangan, nilainya kecil sekali, tidak sesusah kamu menghulurkan duit tapi seberat ganjarannya disyurga dan sebesar besarnya pertolongan Allah kepada mereka.


RABBI YASSIR WALA TUASSIR "innaALLAHa Maa'na" 

sekian saja kali ini, moge bermanfaat.. wallahua'lam...






Revolusi Ghuraba' Pencetus Transformasi

1 comment: